







Butterworth, Pulai Pinang, 20 Julai 2026 – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), selaku pemegang konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), meneruskan komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi pelaksanaan Program Sumbangan Cermin Mata 2026 di bawah teras kesihatan dan keselamatan, Sinar Sejahtera. Bagi pelaksanaan tahun ini, seramai 167 pelajar daripada enam buah sekolah terpilih di Pulau Pinang telah menerima sumbangan cermin mata hasil kerjasama erat bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang serta pakar optometri tempatan bagi menjalankan pemeriksaan mata secara percuma.
Majlis penyerahan simbolik yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemilang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Integriti & Governans JKSB, Encik Muhamad Nor Anazim bin Rejab, dengan disaksikan oleh wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Utara dan Tengah. Beliau menekankan bahawa pengesanan awal masalah penglihatan bukan sahaja penting untuk meningkatkan keselesaan serta prestasi akademik pelajar, malah seiring dengan peranan JKSB dalam menyokong kesedaran keselamatan jalan raya. Menyadari cabaran kos yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah, JKSB beriltizam untuk memperluaskan inisiatif ini secara berterusan demi pembangunan sosial yang mampan di Pulau Pinang.



