









Teluk Kampi, Pulau Pinang, 15 September 2026 : JKSB terus memperkukuh komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar melalui pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Taman Negara Pulau Pinang (TNPP).
Program ini dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik Pejabat Motac Pulau Pinang, Jabatan Perhutanan Pulau Pinang dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang.
Antara sumbangan JKSB adalah kerja menaik taraf papan tanda dan peralatan operasi kepada pihak TNPP. Sumbangan tersebut diharap dapat membantu pihak pengurusan melaksanakan kerja penyelenggaraan dan pengurusan kawasan dengan lebih berkesan, di samping meningkatkan keselamatan serta keselesaan pengunjung.
Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang turut menyumbangkan sebanyak 25 anak pokok daripada pelbagai spesis tempatan iaitu Mempari, Bintangor Laut, Kelat Jambu Laut, dan Ketapang untuk ditanam di Teluk Kampi.
Penanaman pokok-pokok tersebut bertujuan untuk memperkukuh vegetasi persisiran pantai, memelihara kepelbagaian tumbuhan tempatan serta menyokong pemuliharaan landskap semula jadi di TNPP.



