







JKSB memperkukuh peranan dalam kelestarian alam sekitar melalui kerjasama strategik bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dengan sumbangan kemudahan fasiliti kepada Taman Negeri Bukit Panchor, Nibong Tebal. Sumbangan termasuk papan tanda panduan serta kerja mengecat tebing anak sungai dan jambatan gantung bagi menceriakan kawasan taman. Sebagai simbolik penghargaan, lima (5) jenis anak pokok turut disemai oleh wakil JKSB. Majlis disempurnakan oleh Ketua Divisyen Operasi JKSB, En Hussin Mohamad, bersama Penolong Pengarah Perhutanan Negeri dan disertai lebih 60 sukarelawan.
En Hussin berkata usaha ini bertujuan meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengunjung, di samping memelihara warisan alam untuk generasi akan datang. Fasiliti baharu ini dijangka menjadikan Taman Negeri Bukit Panchor sebagai destinasi rekreasi yang lebih mesra alam dan menarik.



