Corporate Social Responsibility

Sumbangan Prihatin Bakul Makanan Sempena Hari Deepavali

zc101103
zc101142
zc101153
zc101177
zc101178
zc101183
zc101185
zc101235
zc101254
zc101268

JKSB SANTUNI 100 PENERIMA SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI 2026

*BUKIT BENDERA, PULAU PINANG, 4 NOVEMBER 2026* – Bersempena sambutan Hari Deepavali, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah menyampaikan sumbangan Bakul Kasih kepada 100 penerima, khususnya golongan warga emas daripada komuniti India, menerusi Majlis Penyerahan Bakul Kasih JKSB 2026 Sempena Hari Deepavali yang berlangsung di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) JKSB yang bertujuan membantu meringankan perbelanjaan harian para penerima menjelang sambutan Deepavali, di samping menghargai jasa dan sumbangan golongan warga emas kepada keluarga serta masyarakat.

Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Faisal bin Shabudin, Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, bersama Puan Jamuna Naidu a/p Nesen, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, serta Encik Tham Weng Keat, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut.

JKSB turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dan PAWE Bukit Bendera atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Diharapkan sumbangan yang disalurkan dapat membawa keceriaan kepada para penerima, di samping mengeratkan lagi hubungan antara JKSB dengan masyarakat setempat.

✨ Selamat Menyambut Hari Deepavali! 🪔

Semoga perayaan ini membawa sinar kegembiraan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua yang meraikannya bersama keluarga tersayang.