Corporate Social Responsibility

CSR Selangkah ke Universiti 2026

zc100244
zc100292
zc100298
zc100271
zc100330
zc100382
zc100386
zc100425
zc100432
zc100526
zc100544
zc100562
zc100575
zc100637
zc100642
zc100646

KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 28 OKTOBER 2026 – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menganjurkan Program Selangkah ke Universiti 2026 yang melibatkan seramai 350 pelajar Tingkatan 3, 4 dan 6 daripada 13 buah sekolah di sekitar Pulau Pinang, telah berlangsung di Institut Pertanian Bumbong Lima, Kepala Batas

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Faisal Shahbudin, Ketua Pegawai Eksekutif JKSB. Turut hadir ialah Tuan Faisalludin bin Mohamat Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Tuan Haji Abd Rahman bin Mohamad, Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara, Puan Rosni binti Hamad Rodzi, Pengarah Institut Pertanian Bumbong Lima, Encik Khairul Nidzar bin Mohd Zaki, Yang Di Pertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan serta Puan Norhazwani binti Rosli, Pegawai MARA Daerah Seberang Perai Utara bersama wakil institusi pendidikan, para pendidik dan rakan media.

Menerusi sesi taklimat dan pameran pendidikan, para pelajar berpeluang mendapatkan maklumat serta bimbingan secara langsung daripada wakil pelbagai institusi pengajian tinggi dan latihan kemahiran, termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), GIATMARA, PERDA-TECH, ADTEC JTM dan Institut Pertanian Bumbong Lima. Pendedahan ini merangkumi pilihan pengajian akademik, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), syarat kemasukan serta prospek kerjaya, sekali gus membantu pelajar mengenal pasti bidang yang bersesuaian dengan minat, kebolehan dan aspirasi masing-masing.

Program ini turut menampilkan Dr. Muhammad Hafiz bin Hamzah, Ketua Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran JKSB, yang berkongsi panduan mengenai motivasi, perancangan kerjaya dan kemahiran yang diperlukan dalam dunia pekerjaan.