Corporate Social Responsibility

Program CSR: Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar

img 20261006 160813 212.jpg
zc109635
zc109606
zc109603
zc109644
zc109726
zc109738
zc109778
zc109790
zc109798
zc109806
zc109810
zc109826
zc109838

Seberang Jaya, Pulau Pinang, 6 Oktober 2026 – Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang (JASPP), dengan kerjasama strategik Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), menjadi platform untuk memperkukuh pendidikan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda, sekali gus memupuk nilai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari peringkat sekolah hingga ke keluarga dan komuniti.

Majlis yang berlangsung di Auditorium, Perpustakaan Seberang Jaya, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Sundarajoo a/l Somu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar. Turut hadir ialah Tuan Badlishah bin Ahmad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Dato’ Faisal bin Shahbudin, Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, serta Tuan Fadzil bin Sadikin, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Pihak JKSB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua sekolah, para pelajar serta warga pendidik yang berjaya menerima Anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026, serta penghargaan kepada seluruh warga pendidikan yang telah memainkan peranan dalam menjayakan usaha tersebut.

Sebagai rakan strategik, JKSB turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM13,440.00 kepada JASPP bagi membantu menjayakan program kesedaran dan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah. Sokongan ini mencerminkan pendekatan JKSB terhadap tanggungjawab sosial korporat yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada pelaksanaan sesuatu program, malah kepada usaha membina pengetahuan, meningkatkan kesedaran dan membentuk perubahan sikap yang mampu memberi manfaat dalam jangka panjang.

Selain sumbangan tersebut, JKSB turut berkongsi kepakaran melalui Encik Muhammad Ubaidullah bin Mahazir daripada Jabatan Keselamatan Trafik dan HSE. Sesi perkongsian tersebut memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan memelihara alam sekitar serta mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap persekitaran di mana sahaja mereka berada.