Corporate Social Responsibility

Tuisyen Pintar YPM @ KKDU 2025 di MRSM Balik Pulau

zc108051(1)
zc107707(1)
zc107883
zc107868
zc107876
zc108027
zc108077
zc108087(1)

JKSB dengan kerjasama Yayasan Pendidikan MARA (YPM), MRSM Balik Pulau dan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya telah melancarkan Program Tuisyen Pintar, melibatkan 102 pelajar daripada 10 buah sekolah menengah sekitar Balik Pulau. Program ini merupakan inisiatif CSR JKSB di bawah teras Sinar Ilmu bagi menyokong akses pendidikan berkualiti kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Sesi tuisyen dikendalikan oleh tenaga pengajar MRSM Balik Pulau, manakala YPM membantu mengenal pasti pelajar sasaran bagi persediaan menghadapi SPM. JKSB turut menyumbang set alat tulis lengkap kepada para peserta.

Program ini memberi tumpuan kepada penguasaan subjek-subjek teras bagi meningkatkan pencapaian SPM, di samping menyuntik motivasi dan keyakinan akademik dalam kalangan pelajar. Inisiatif ini juga membuka ruang pendedahan awal kepada bidang strategik seperti bioteknologi, semikonduktor dan perubatan, selari dengan pertumbuhan hab industri sekitar Batu Kawan. JKSB percaya pendedahan yang tepat, bimbingan yang konsisten dan sokongan komuniti mampu membentuk generasi muda yang cemerlang serta berdaya saing.