Corporate Social Responsibility

Sumbangan Prihatin Bakul Makanan Sempena Hari Raya Aidilfitri

edited dsc 0306
edited dsc 0339
edited dsc 0371
edited zc101843
edited zc101854
edited zc101869
edited zc101912
edited zc101916

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) meneruskan komitmennya dalam menyantuni komuniti setempat menerusi agihan bakul makanan dari rumah ke rumah kepada 10 penerima terpilih dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang sempena Hari Raya Aidilfitri. Secara keseluruhan, seramai 100 penerima telah menerima sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban dalam membuat persiapan menyambut lebaran.

Program sumbangan bakul makanan ini dilaksanakan bersempena tiga (3) perayaan utama di Malaysia, iaitu Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Majlis penyerahan bakul makanan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi JKSB, Dato’ Haji Abdul Malik Abul Kassim, dan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Dato’ Faisal Shahbudin, bersama Pengarah JKM Negeri Pulau Pinang, Puan Rozita Ibrahim.

JKSB akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti, selaras dengan peranan syarikat dalam mengurus infrastruktur penting negeri.