












Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah menyumbangkan seekor lembu korban kepada Kelab Rekreasi Desa Wangsa, bertempat di Desa Wangsa, Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah elemen Sinar Insan, yang melambangkan komitmen dan keprihatinan JKSB terhadap kesejahteraan komuniti serta usaha berterusan dalam memperkukuh hubungan bersama masyarakat setempat.
Program korban yang diadakan pada 6 Jun 2025 ini telah memberi manfaat secara langsung kepada penduduk tempatan. Sebanyak 165 kupon daging korban telah diagihkan, merangkumi 122 kupon kepada penduduk setempat, 38 kupon kepada ahli kelab serta 5 kupon untuk tukang sembelih.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi JKSB, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim yang turun padang bersama komuniti bagi menzahirkan sokongan serta menggalakkan nilai-nilai kebersamaan, semangat gotong-royong dan keharmonian yang menjadi tunjang sambutan Aidiladha.



