







Bertarikh 24 Disember 2025, JKSB telah menganjurkan satu program CSR bagi menyokong penyediaan keperluan persekolahan anak-anak di bawah jagaan Kompleks Penyayang Sinar Kasih (KPSK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang. Inisiatif ini mencerminkan komitmen JKSB untuk memastikan setiap anak mempunyai peluang memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan bersedia.
Menerusi program ini, seramai 20 orang pelajar KPSK telah dibawa ke Kedai Buku Popular, Queensbay Mall, Bayan Lepas untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan bagi sesi tahun 2026. Program ini turut disertai oleh Encik Hussin bin Mohammad, Ketua Divisyen Operasi JKSB, bersama Puan Norashikin binti Idris, Timbalan Penguasa 2 KPSK, sekali gus mengukuhkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan anak-anak di bawah jagaan pusat tersebut.
JKSB berharap program ini dapat memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk melangkah ke tahun baharu persekolahan dengan lebih positif, di samping memperkukuh kesejahteraan dan pembangunan masa depan mereka.



