Corporate Social Responsibility

Sumbangan Barang Keperluan Kepada The Penang Home Sempena Tahun Baru Cina

zc101690
dsc 0599
zc101861
zc101648
zc101807
zc101749
zc101921
zc101942
zc101947
zc101985

Pada 22 Januari 2025, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah membuka tirai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi tahun 2025 dengan menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada penghuni The Penang Home for the Infirm and Aged.

Program sempena Tahun Baharu Cina ini melibatkan kehadiran seramai 20 sukarelawan JKSB yang menyantuni 113 warga emas di rumah kebajikan tersebut. Majlis turut diserikan dengan tarian singa, melambangkan semangat perayaan dan kebersamaan masyarakat majmuk.

Pengerusi JKSB, Dato’ Haji Abdul Malik Abul Kassim yang merasmikan program tersebut, turut menzahirkan penghargaan syarikat terhadap sumbangan warga emas, khususnya dalam pembangunan negara. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Dato’ Faisal Shahbudin dan Penolong Penguasa The Penang Home, Encik H’ng Kok Chang.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JKSB dalam menyokong kesejahteraan sosial serta memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat, seiring aspirasi untuk membina masyarakat yang lebih inklusif dan mampan.