Corporate Social Responsibility

Sumbangan Alat Tulis kepada Pelajar SK Batu Kawan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

2
3
4
1
5
6
7
8
9
10
11
12

JKSB terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasakan pendidikan melalui program CSR di bawah inisiatif Sinar Ilmu. Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, JKSB menyantuni pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kawan dengan pemberian kelengkapan alat tulis sebagai inisiatif memperkukuhkan semangat pembelajaran dalam kalangan pelajar. Majlis penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Encik Hussin Mohammad, Ketua Divisyen Operasi JKSB.

Kanak-kanak adalah pelapis negara yang perlu diasuh dan diilhamkan sejak usia muda. Melalui sistem pembelajaran yang interaktif dan menarik khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mereka dapat melihat potensi sebenar diri serta beraspirasi untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan tenaga mahir tempatan pada masa hadapan. Kita mahu mereka terus yakin bahawa masa depan Malaysia dapat dibina oleh tangan dan kepakaran anak bangsa kita sendiri, tanpa perlu bergantung kepada tenaga luar.