Corporate Social Responsibility

Program Singgah Sahur JKSB 2025

zc103599
zc103584
zc103602
zc103608
zc103613
zc103618
zc103624 2
zc103632
zc103633

Bersempena bulan Ramadan, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah menganjurkan Program Singgah Sahur 2025 bagi menyampaikan juadah sahur kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Sebanyak 400 pek makanan diagihkan kepada anggota polis, bomba, dan petugas kesihatan yang bertugas sepanjang malam. Turut hadir menyantuni para petugas ialah Pengerusi JKSB, Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Faisal bin Shahbudin.

Inisiatif ini mencerminkan penghargaan JKSB terhadap jasa dan pengorbanan barisan hadapan dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta menyemarakkan semangat solidariti dalam kalangan komuniti.