











Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah menganjurkan Program Korban Amal Perdana 2026 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H.
Program yang berlangsung di Masjid Ar Rahman, Batu Ferringhi ini telah disempurnakan dengan kehadiran Tuan Haji Ismail bin Din, Pengerusi Kariah Masjid Ar Rahman dan Dato’ Abdul Malik Abul Kassim, Pengerusi JKSB. Seramai kira-kira 100 sukarelawan dan penerima manfaat yang terdiri daripada kakitangan JKSB, ahli kariah masjid, komuniti setempat serta golongan penerima yang layak turut bersama-sama menjayakan program ini.
Sebanyak lima (5) ekor lembu telah diperuntukkan bagi program korban tahun ini. Daripada jumlah tersebut, dua (2) ekor lembu dikorbankan di Masjid Ar Rahman, Batu Ferringhi,
manakala tiga (3) ekor lagi diagihkan kepada lokasi terpilih di daerah Seberang Perai Tengah dan Barat Daya bagi memperluas manfaat kepada komuniti yang memerlukan.
Program ini berakhir dalam suasana penuh kesyukuran dan diharap dapat terus menyemarakkan semangat Aidiladha serta memperkukuh peranan JKSB sebagai organisasi yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.



