Corporate Social Responsibility

Program Kesedaran Penjagaan & Perlindungan Haiwan bersama SPCA Penang di SMK Jelutong

zc109793
zc109833
zc109850
zc109883
zc109890
zc109893
zc109894
zc109819

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah menganjurkan Program CSR Kesedaran Penjagaan dan Perlindungan Haiwan bersama SPCA Pulau Pinang di SMK Jelutong. Program ini melibatkan lebih 150 orang pelajar dan memberi pendedahan mengenai penjagaan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab, di samping meningkatkan kesedaran bagi mencegah pengabaian dan penganiayaan haiwan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ir. Yulinar Ismail, Ketua Penyelenggaraan JKSB.

Para pelajar turut diberi peluang berinteraksi dengan haiwan peliharaan melalui pameran interaktif yang disediakan, sekali gus mengukuhkan pemahaman tentang aspek kebajikan, keselamatan dan keperluan asas haiwan. Dalam program ini, JKSB turut menyumbang makanan tambahan bagi menyokong usaha imunisasi haiwan di pusat jagaan SPCA.