Corporate Social Responsibility

My First Robot: Robotic Workshop for Youth Development

zc108357
zc108362
dsc 0267 01
dsc 0340
dsc 0379
dsc 0317
zc108170
zc108251
zc108272
zc108288
zc108317
zc108319 01
zc108331
zc108337 01
zc108347 01
dsc 0279 01

JKSB telah menganjurkan program “My First Robot” di Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan. Program ini merupakan kerjasama strategik dengan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah naungan inisiatif Sekolah Angkat MADANI (SAM).

Seramai 44 orang pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Batu Kawan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Prai telah terpilih untuk menyertai bengkel ini. Melalui penggunaan set robotik pasang siap, para pelajar didedahkan kepada asas pemasangan mekanikal, sistem elektrikal, serta kemahiran pengekodan (coding). Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada generasi muda terhadap bidang robotik dan teknologi digital yang berkembang pesat.

Pengerusi JKSB, YBhg Dato’ Abdul Malik bin Abul Kassim, menegaskan bahawa inisiatif ini adalah bukti komitmen syarikat dalam menyokong aspirasi pendidikan negara, khususnya dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik). Bagi memastikan keberkesanan pembelajaran, para pelajar dibimbing secara peribadi oleh fasilitator daripada Pasukan Robocon USM. Segala kos penganjuran, termasuk kelengkapan teknikal dan logistik, ditanggung sepenuhnya oleh JKSB.