Corporate Social Responsibility

Kempen Jom Selamat Di Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

zc103533
zc103372
zc103150
zc103167
zc103271
zc103285
zc103327
zc103354
zc103392
zc103398
zc103415
zc103439
zc103452
zc103463
zc103487
zc103516

15 Mac 2025 – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang, telah melancarkan Kempen Jom Selamat bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kempen ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Dato’ Faisal Shahbudin dan turut dihadiri oleh Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang, Tuan Zulkifly bin Ismail. Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran ahli-ahli Kelab Motosikal Northern Versys Owner’s Group yang memberikan sokongan padu terhadap inisiatif keselamatan ini.

Sebagai sebahagian daripada pendekatan pendidikan dan advokasi keselamatan, JKSB telah mengedarkan jaket windbreaker serta pelekat pantul cahaya kepada penunggang motosikal bagi meningkatkan tahap keterlihatan mereka di atas jalan raya. Selain itu, alat pemadam api mini turut diberikan kepada pengguna kenderaan kelas satu (1) sebagai langkah persediaan awal dalam menghadapi kecemasan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan JKSB di bawah program Sinar Sejahtera untuk mendidik pengguna agar mematuhi peraturan lalu lintas, termasuk penggunaan lorong khas motosikal ketika melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), sekaligus membantu mengurangkan risiko kemalangan yang sering berlaku pada musim perayaan.