











Sempena bulan Ramadan, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah menganjurkan Majlis Iftar bersama penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan pada 10 Mac 2025 di Kepala Batas sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah Sinar Insan.
Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi JKSB, Dato’ Haji Abdul Malik Abul Kassim bersama Pengerusi Pusat Jagaan, Dato’ Haji Zulkiefly Saad. Turut hadir ke majlis, Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Dato’ Faisal Shahbudin, barisan pengurusan serta para sukarelawan. Program ini bertujuan untuk memupuk nilai Ihsan seperti belas kasihan dan kasih sayang terhadap warga emas, serta menggalakkan kesedaran tentang kepentingan menghormati orang tua dalam kalangan masyarakat.
Dalam majlis yang sama, JKSB turut menyerahkan secara rasmi Lanskap Taman Terapi yang telah siap dibina sebagai ruang riadah dan terapi minda untuk penghuni pusat jagaan. Projek ini melibatkan pembangunan taman dengan tanaman berwarna-warni, tempat duduk dan ruang berteduh yang mesra warga emas.
JKSB kekal komited menyantuni golongan memerlukan dan berharap program sebegini dapat diteruskan bagi memperkukuh nilai keprihatinan sosial dalam kalangan masyarakat setempat.



