







JKSB dengan kerjasama KPJ Penang Specialist Hospital, Bukit Mertajam telah menganjurkan Program Health & Safety Talk, melibatkan kakitangan JKSB dan Kelab Proton S70. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan sebagai elemen penting dalam keselamatan pemanduan, khususnya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS).
Antara pengisian utama termasuk ceramah oleh Pakar Audiologi KPJ Penang mengenai isu pendengaran dan penglihatan, serta pemeriksaan kesihatan percuma seperti tekanan darah, glukosa, BMI, ujian audiologi dan analisis komposisi badan.
Sesi taklimat khas turut disampaikan oleh Pegawai Keselamatan JKSB, Encik Muhammad Faris Shafiq Zulkarnain, yang menekankan kepentingan kesiapsiagaan dan pemanduan berhemah. JKSB merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat atas sokongan dalam menjayakan inisiatif kesedaran kesihatan dan keselamatan jalan raya ini.



