Corporate Social Responsibility

CSR Program Tuisyen Pintar Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

zc106342
dsc 0446
dsc 0739
zc106157
zc106187
zc106223
zc106253

Balik Pulau, Pulau Pinang, 1 Ogos 2026 – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), syarikat konsesi yang mengurus, mengendali dan menyelenggara Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan modal insan menerusi tajaan Program Tuisyen Pintar @ Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Di bawah tajaan JKSB, program ini melibatkan seramai 100 calon SPM 2026 daripada 10 buah sekolah menengah di sekitar daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

JKSB turut menyumbangkan set alat tulis lengkap kepada setiap peserta bagi membantu memenuhi keperluan pembelajaran mereka sepanjang program berlangsung.

Majlis perasmian penutupan program telah berlangsung di Dewan Seri Gemilang, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau dan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Dato’ Faisal Shahbudin, bersama Eksekutif Kanan Bahagian Dana Awam dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan Yayasan Pelajaran MARA, Tuan Rejal bin Jamaluddin. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Pengetua MRSM Balik Pulau Encik Ibrahim bin Abdullah dan Dr. Mohd Siroj bin Abdul Lathiff, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Barat Daya.

Turut hadir ialah pihak pengurusan MRSM Balik Pulau, barisan tenaga pengajar, pegawai JKSB serta para pelajar yang terlibat.