











Nibong Tebal, Pulau Pinang, 30 Julai 2026 – JKSB terus memperkukuhkan komitmen terhadap pembangunan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi sumbangan tajaan bagi menjayakan Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 yang merupakan program kokurikulum berimpak tinggi yang dianjurkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad sejak tahun 2005.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) JKSB di bawah teras pendidikan, Sinar Ilmu, yang bertujuan memupuk minat murid terhadap STEM, mengasah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta meningkatkan kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan semangat kerja berpasukan melalui pertandingan ini.
Turut hadir Pengerusi JKSB, Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim bagi merasmikan program ini.
Pertandingan yang berlangsung selama dua (2) hari, dari 29 hingga 30 Julai 2026, di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dan USM. Sebanyak 277 pasukan daripada 111 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Pulau Pinang telah menyertai pertandingan tersebut.


