TYT Heritage Ride 2026

whatsapp image 2026 01 18 at 12.54.49 (1)
whatsapp image 2026 01 18 at 12.54.41
whatsapp image 2026 01 18 at 12.54.42
whatsapp image 2026 01 18 at 12.54.43
whatsapp image 2026 01 18 at 12.54.44
whatsapp image 2026 01 18 at 12.54.45
whatsapp image 2026 01 18 at 12.54.46
whatsapp image 2026 01 18 at 12.54.48
whatsapp image 2026 01 18 at 12.54.49
whatsapp image 2026 01 18 at 12.54.51
whatsapp image 2026 01 18 at 12.54.52

Georgetown, Pulau Pinang, 18 Januari 2026: Sekitar Program TYT Heritage Ride 2026 yang membawa para peserta merentasi laluan ikonik bangunan bersejarah dan seni bina warisan di sekitar Georgetown.

Program ini mencerminkan usaha berterusan untuk memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal santai, di samping menyemai penghargaan terhadap nilai warisan serta identiti Pulau Pinang.

Program anjuran Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Basikal Bukit Pulau Pinang (PMA) dan iSports ini turut diserikan apabila Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, memimpin sendiri kayuhan sebagai simbol kepimpinan berwawasan dalam mengangkat agenda kesejahteraan komuniti.

JKSB turut berbesar hati menyertai program ini yang diwakili oleh Pengerusi JKSB, YBhg. Dato’ Abdul Malik Abul Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Dato’ Faisal Shahbudin sebagai sokongan terhadap inisiatif yang memperkukuh budaya hidup aktif serta hubungan erat bersama komuniti.