






Kepala Batas, Pulau Pinang, 24 Oktober 2026– Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2026 Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Setia Fontaines, Bertam, hari ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Sundarajoo A/L Somu, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, dan turut dihadiri oleh Tuan Badlishah bin Ahmad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang.
Sambutan ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk Envirowalk, senamrobik, pertandingan mewarna, kuiz alam sekitar, penanaman pokok simbolik serta pameran kesedaran alam sekitar yang bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) turut menerima plak dan sijil penghargaan sebagai Rakan Strategik Alam Sekitar atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 yang telah diadakan pada 6 Oktober 2026.
Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Sundarajoo A/L Somu kepada wakil JKSB, Ts. Mohd Azahar Awang, Ketua Unit _Traffic Safety & HSE (Health, Safety & Environment)._
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan JKSB dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar melalui kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan pelbagai pihak berkepentingan, selaras dengan tanggungjawab syarikat terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Kelestarian Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama.



