Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR)

edited zc101670
edited zc101494
edited zc101540
edited zc101552
edited zc101527
edited zc101528
edited zc101572
edited zc101561
edited zc101564
edited zc101533
edited zc101572
edited zc101623
edited zc101662

Kuala Lumpur, 12 Februari 2026 – Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi bulan Februari 2026 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, anjuran bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), amat bermakna buat Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) apabila dijemput untuk menerima penganugerahan Malaysia Book of Records (MBR).

Perhimpunan yang bertemakan “Raikan Perayaan, Utamakan Keselamatan” ini diadakan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Ir. Mohd Hadzmir bin Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) LLM, diikuti ucaptama oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR.

Sesi penyampaian anugerah MBR telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim kepada YB Dato’ Haji Abdul Malik Abul Kassim. JKSB telah menerima dua (2) pengiktirafan MBR seperti berikut :

  • Pelaksanaan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Terbanyak di Jambatan Lebuh Raya, DAN
  • Jambatan Lebuh Raya Pertama Mengaplikasikan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi Operasi Lebuh Raya.

Pelaksanaan teknologi AI ini dijangka menyumbang kepada peningkatan tahap keselamatan pengguna, memperkukuh keupayaan pemantauan operasi, serta menyokong pengurusan trafik yang lebih cekap dan responsif.

Sehubungan itu, pihak JKSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atas jemputan serta peluang yang diberikan kepada pihak JKSB untuk menjadi sebahagian daripada majlis perhimpunan ini.

Majlis turut menyaksikan pelancaran Program Rintis Sistem Pembayaran Tol Terbuka berasaskan Pengecaman Nombor Plat Kenderaan Automatik (ANPR) di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua, PLUS.

Perhimpunan diakhiri dengan tayangan video Persediaan Keselamatan Lebuh Raya bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan, sebelum diteruskan dengan acara Yee Sang serta jamuan makan bersama warga KKR dan agensi.