






Pada 13 dan 14 Disember 2025, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) sekali lagi dipilih sebagai lokasi pilihan bagi penganjuran Aspen Klippa Penang Bridge International Marathon (PBIM) 2025, sekali gus mencatat satu pencapaian yang membanggakan. Acara berprestij bertaraf antarabangsa ini menghimpunkan lebih 23,000 peserta dari dalam dan luar negara, menjadikan PBIM 2025 antara acara larian utama yang dinantikan setiap tahun.
Acara ini bukan sekadar perlumbaan larian, tetapi platform yang menguji ketahanan fizikal, disiplin kendiri, serta kekuatan mental setiap peserta. Laluan di JSAHMS sememangnya terkenal dengan cabarannya yang tersendiri, namun semangat juang ribuan pelari yang terus berusaha sehingga berjaya melintasi garisan penamat benar-benar mengagumkan. Larian ini dianjurkan oleh Penang State Tourism Development Office (PETACE) dan mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Penganjuran kali ini turut berjalan dengan lancar dan memberi pengalaman yang istimewa kepada para peserta maraton.
Syabas dan tahniah kepada pasukan JKSB yang bertungkus-lumus memastikan jambatan berada dalam keadaan optimum bagi menyokong penganjuran acara bertaraf antarabangsa ini.




