



































Bahang kemeriahan Malam Apresiasi JKSB 2025 yang dianjurkan pada 29 November 2025 di Eastin Hotel masih hangat terasa, terus menjadi memori manis dalam hati setiap warga kerja. Jika tahun lalu kita dibawa bernostalgia ke zaman persekolahan dengan tema ‘Back to School’, kali ini suasana berubah lebih berwarna-warni menerusi tema Bollywood. Tema ini bukan sahaja meriah dan dramatik, malah menggambarkan semangat dinamik serta kejayaan JKSB sebagai satu pasukan yang hebat.
Lebih daripada sekadar acara tahunan, Malam Apresiasi ini menjadi simbol penghargaan yang bermakna buat seluruh warga kerja JKSB. Ia meraikan para “hero” di sebalik tabir, mereka yang saban hari menyumbang tenaga, komitmen dan semangat tanpa jemu demi memastikan JKSB terus unggul sebagai pengendali infrastruktur kebanggaan negara.
Terima kasih kepada semua yang menjadikan malam itu satu kejayaan. Anda ialah bintang sebenar di pentas JKSB, dan kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.



