Lawatan Sambil Belajar Pelajar Jurusan Ukur Bahan, International Islamic University Malaysia (IIUM)

dsc 0984 copy
dsc 0984 copy
dsc 0950 copy
dsc 0923 copy
dsc 0964 (1) copy
dsc 0978 copy
dsc 0908 copy
dsc 0881 copy

Pada 23 Mei 2025, seramai 55 orang pelajar daripada Jurusan Ukur Bahan, IIUM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pejabat Operasi, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) , sebagai sebahagian daripada program akademik mereka.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar berkaitan aspek pembinaan, operasi dan penyelenggaraan jambatan serta infrastruktur yang kompleks seperti JSAHMS. Program ini selaras dengan usaha JKSB untuk menyokong pembangunan pendidikan teknikal dan profesional di kalangan generasi muda.

Sepanjang lawatan, para pelajar dibawa melawat ke Pusat Kawalan Operasi (Control Centre) dan Galeri JKSB bagi mendapatkan gambaran jelas tentang sistem pemantauan dan pengurusan operasi jambatan. Selain itu, mereka turut berpeluang menaiki kenderaan pemeriksaan khas Bridge Inspection Vehicle (BIV), yang digunakan bagi tujuan penyelenggaraan struktur jambatan secara berkala.

Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara industri dan institusi pendidikan tinggi, malah memberi pengalaman pembelajaran bermakna kepada pelajar yang bakal menjadi tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan.