










Satu delegasi kunjungan hormat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) telah diadakan ke Pejabat Operasi JKSB pada 27 Oktober 2025. Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah UKAS, dan turut disertai seramai 40 orang delegasi.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh rangkaian kerjasama melalui perkongsian kepakaran dan pandangan, di samping mengeratkan jalinan hubungan kerja antara kedua-dua pihak. Lawatan ini turut menjadi pengisian Seminar Public Private Partnership (PPP), sejajar dengan kedudukan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) sebagai salah satu projek PPP yang berjaya dan menjadi rujukan dari segi pelaksanaan serta pencapaian.
Sehubungan itu, lawatan ini menjadi platform untuk meninjau kejayaan projek berkenaan, khususnya dari aspek pengurusan operasi, penyelenggaraan aset dan penyampaian perkhidmatan yang berkesan.




