Kunjungan Hormat ke Pejabat TYT Ramli Ngah Talib, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

dsc00603
dsc00611
dsc00614
dsc00585
dsc00626
dsc00633 2
dsc00641 2
dsc00666

Pengurusan Tertinggi JKSB telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, di Seri Mutiara. Delegasi yang diketuai oleh Pengerusi JKSB, YBhg. Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim ini bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi JKSB, mengetengahkan peranan Jambatan Kedua sebagai aset infrastruktur negara, serta meneroka peluang kolaborasi bagi memperkukuh pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) secara lebih menyeluruh.

Fokus utama perbincangan tertumpu kepada peluang kerjasama antara JKSB, agensi kerajaan dan pihak swasta dalam pelaksanaan program CSR. Usaha ini dirangka untuk memberi manfaat langsung kepada rakyat Pulau Pinang, merangkumi aspek kelestarian alam sekitar, keselamatan, kesihatan serta pemerkasaan sosio ekonomi.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan JKSB untuk memperluas peranan sebagai pengendali infrastruktur dengan turut berperanan sebagai rakan strategik yang proaktif. Melalui pengukuhan kerjasama ini, JKSB berhasrat untuk memperkasa lebih banyak inisiatif berimpak tinggi yang menyokong kesejahteraan komuniti dan pembangunan menyeluruh di Pulau Pinang.