Konvoi Jalur Gemilang

zc105670
zc105639
zc105677
zc105704
zc105750
zc105795
zc105858
zc105879
zc105897
zc105914
zc105945

Batu Kawan, 31 Julai 2026 – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berbesar hati menerima kunjungan Konvoi Kibar Jalur Gemilang sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, di Dewan Seri Mertajam, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah. Majlis turut menyaksikan penyampaian Jalur Gemilang kepada agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebagai simbolik menyemarakkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Program diteruskan dengan pelepasan Konvoi Kibar Jalur Gemilang yang melibatkan 17 kenderaan jabatan dan agensi di sekitar Pulau Pinang. Konvoi bermula di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah dan berakhir di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS).

JKSB merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol serta Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang (JAPEN) atas kerjasama dan kesudian memilih JKSB sebagai destinasi akhir konvoi serta lokasi serahan Jalur Gemilang.

Semoga sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan mengajak seluruh rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga. Bersama-sama menghayati tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” demi negara yang lebih maju, aman dan sejahtera.

🇲🇾 Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Kemerdekaan!