Corporate Social Responsibility

Sumbangan Smartboard & Cetakan Modul kepada PPDK Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM)

dsc 0546
dsc 0484
dsc 0551
dsc 0494
dsc 0556
dsc 0496
dsc 0584
dsc 0502
dsc 0569
dsc 0578
dsc 0590
dsc 0595

JKSB mengambil inisiatif berimpak tinggi menerusi komitmen CSR di bawah inisiatif Sinar Ilmu dengan menyumbang dua unit Smart Board serta modul pembelajaran bercetak kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Timur Laut dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) @ USM. Sumbangan ini bertujuan memperluas akses pendidikan khas untuk kanak kanak autistik melalui pendekatan pembelajaran interaktif yang lebih menyeronokkan dan berkesan.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Dato’ Faisal Shahbudin, bersama Puan Rozita binti Ibrahim, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Smart Board dan modul yang disediakan dijangka membantu meningkatkan fokus, pemahaman dan komunikasi dua hala dalam sesi pembelajaran kanak kanak autistik. Pada masa yang sama, modul bercetak turut memudahkan kerjasama antara ibu bapa dan pendidik dalam memperkukuh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JKSB dalam menyokong pendidikan khas serta pembangunan komuniti, selaras dengan usaha memperkasa golongan yang memerlukan melalui akses pembelajaran yang lebih inklusif dan berkualiti.