




















JKSB meneruskan komitmen terhadap kesejahteraan komuniti melalui Program Sumbangan Cermin Mata kepada 122 orang pelajar dari empat (4) buah sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang. Inisiatif di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini telah dilaksanakan sejak 2021 dan kini diperluas dari segi skop serta jumlah penerima. Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan pakar optometri tempatan, pelajar yang mengalami masalah rabun telah menerima pemeriksaan penglihatan percuma dan sumbangan cermin mata bagi menyokong pembelajaran mereka.
Majlis penyerahan simbolik berlangsung di SMK Tun Syed Sheh Barakbah dan disempurnakan oleh Ketua Divisyen Operasi JKSB, Encik Hussin Mohammad. Menurut beliau, pelaburan dalam pendidikan bukan hanya dari aspek infrastruktur, tetapi juga keperluan asas seperti kesihatan penglihatan yang memberi impak besar terhadap keyakinan dan prestasi akademik pelajar.



