


Program tahunan Budget Challenge 2025 telah berjaya dianjurkan pada 24 hingga 26 September 2025 di Crowne Plaza, Pulau Pinang. Program ini menghimpunkan semua ketua jabatan JKSB bagi membentangkan perancangan strategik dan bajet tahun 2026 selaras dengan aspirasi syarikat.
Budget Challenge berperanan sebagai platform utama untuk memastikan setiap jabatan menyediakan bajet yang teliti, berfokus dan disesuaikan mengikut keperluan sebenar syarikat. Penekanan diberikan kepada kawalan perbelanjaan, pengurangan kos yang bukan keperluan, serta pengukuhan budaya perancangan kewangan yang lebih efisien, berhemah dan memberi nilai tambah, selari dengan arus perkembangan teknologi pintar dan sistem yang lebih cekap.
Program ini turut disertai barisan pimpinan pelapis dari setiap jabatan dan unit bagi memberi pendedahan awal kepada proses penyediaan bajet, sekali gus menyokong kesinambungan kepimpinan organisasi. Bagi bajet 2026, tumpuan utama diberikan kepada penyelenggaraan aset selepas 11 tahun operasi, serta perancangan prospek perniagaan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat.
Secara keseluruhan, setiap jabatan berjaya membentangkan cadangan bajet masing-masing dengan jelas, tersusun dan berpandukan perancangan jangka panjang syarikat.




