











Sempena sambutan World Day for Safety and Health at Work 2025 bertemakan Towards a Safer Commuting, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah menerima satu (1) surat penghargaan daripada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow sebagai pengiktirafan atas komitmen JKSB dalam menyokong usaha meningkatkan keselamatan pekerja melalui program CAMS.
Majlis ini telah diadakan pada 28 April 2025 bertempat di Compass Room, The Ship Campus, Batu Kawan. Majlis ini dianjurkan oleh Commuting Safety Management System (CAMS) dengan kerjasama komuniti Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan semasa pergi ke tempat kerja.
Bagi pihak Ketua Menteri, surat penghargaan telah disampaikan oleh YB Zairil Khir Johari, EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang kepada wakil JKSB yang hadir.
Pengiktirafan ini mencerminkan sokongan berterusan JKSB terhadap agenda keselamatan pekerja dan mobiliti yang lebih selamat, selaras dengan komitmen syarikat dalam memperkukuh budaya keselamatan di tempat kerja dan sepanjang perjalanan harian.



