• Hotline 1-300-30-2828
  • Email Address comms@jambatankedua.com.my

Program Matchmaking Kontraktor Bumiputera Bersama Syarikat Konsesi Lebuhraya Anjuran LLM

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menganjurkan Program Matchmaking Persatuan Kontraktor Bumiputera bersama Syarikat Konsesi Lebuhraya pada 23 Disember 2024 di Dewan Tan Sri M. Yusuf, Wisma Lebuhraya, Kajang, Selangor.

Program ini selaras dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, yang merupakan salah satu agenda nasional bagi memastikan penglibatan lebih luas kontraktor Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara.

Platform ini memberi peluang kepada syarikat konsesi lebuh raya untuk memperluaskan kerjasama dan mengenal pasti lebih ramai kontraktor Bumiputera dalam melaksanakan projek pembinaan dan operasi lebuh raya di seluruh negara. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Melalui inisiatif ini, diharapkan ia dapat membuka lebih banyak peluang kepada kontraktor Bumiputera dan memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara sector awam dan swasta dalam industri lebuh raya.