• Hotline 1-300-30-2828
  • Email Address comms@jambatankedua.com.my

Edaran Beg Serbaguna

Program edaran beg serbaguna kepada orang awam di Bawah kategori Sinar Alam ini merupakan program penutup aktiviti Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) JKSB.

Tujuan utama edaran beg serbaguna ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang kesan pengurangan penggunaan beg plastik terhadap alam sekitar. Melalui edaran beg serbaguna, JKSB berharap orang ramai dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.

Diharap, daya usaha ini dapat mendorong terus terhadap komitmen JKSB dalam menyokong amalan lestari dan mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan bebas pencemaran.