Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah menyalurkan Bantuan Pasca Banjir kepada masyarakat yang terjejas akibat bencana banjir di tiga (3) buah negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu pada 22 Disember 2024.
Sebanyak 300 bungkusan kotak mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, garam,
sardin dalam tin, biskut kering, dan tepung gandum telah diedarkan kepada mangsa banjir yang memerlukan. Barangan ini dibeli melalui pasar raya Mydin di setiap daerah dan negeri yang terlibat.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan memberikan sedikit kekuatan untuk mereka menghadapi cabaran bencana yang melanda.