Acara Penang Bridge International Marathon (PBIM) 2024 telah diadakan buat kedua kalinya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS). Acara ini dianjurkan oleh Pejabat Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang (PETACE).
Bagi memastikan kelancaran acara, JSAHMS telah ditutup sepenuhnya mulai jam 11.00 malam pada 14 Disember 2024 sehingga jam 11.00 pagi, 15 Disember 2024.
Seramai 23,000 peserta dari pelbagai negara telah mengambil bahagian dalam tiga (3) kategori yang dipertandingkan iaitu Full Marathon, Half Marathon dan larian sejauh 10KM.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut hadir memeriahkan acara ialah Pengerusi JKSB, YBhg. Dato’ Haji Abdul Malik Abul Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, YBhg. Dato’ Faisal Shahbudin.
Acara ini bukan sahaja mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan sukan bertaraf antarabangsa tetapi juga menonjolkan JSAHMS sebagai ikon penting dalam pembangunan pelancongan dan ekonomi negeri.