• Hotline 1-300-30-2828
  • Email Address comms@jambatankedua.com.my

Tourism Expedition JKSB

Julung kali bersempena ulang tahun ke-10 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Utara (TMNR) telah menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi menyokong dan mempromosikan destinasi pelancongan tempatan kepada pengguna JSAHMS.

Program ini bukan sahaja menonjolkan peranan JSAHMS sebagai gerbang utama ke Pulau Pinang, tetapi juga memperkukuh komitmen JKSB dalam menyokong pembangunan sektor pelancongan dan memperkasakan ekonomi komuniti setempat.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Sinar Insan, JKSB telah mengedarkan 800 baucar pelancongan
yang merangkumi empat (4) destinasi pelancongan terpilih di Pulau Pinang kepada pengguna di Plaza Tol
JSAHMS. Inisiatif ini memberi manfaat kepada 400 pengguna, membuka peluang kepada mereka untuk menerokai dan menyokong industri pelancongan tempatan.

Program ini juga bertujuan mempererat hubungan strategik antara JKSB, agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia Wilayah Utara, serta pengusaha pelancongan tempatan dalam usaha memajukan sektor pelancongan negeri Pulau Pinang.