• Hotline 1-300-30-2828
  • Email Address comms@jambatankedua.com.my

Penamaan Bakau dengan Kerjasama UiTM Permatang Pauh 2024

Pada 25 Oktober 2024, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sekali lagi menunjukkan komitmen jangka panjang terhadap pemuliharaan alam sekitar dan keseimbangan ekosistem dengan menganjurkan Program Eco Bakau di Pusat Pendidikan Kecil Paya Laut, Nibong Tebal. Ini merupakan penganjuran kali ketiga oleh JKSB dalam usaha berterusan memelihara ekosistem bakau.

Program ini melibatkan kerjasama kolaborasi pertama kali di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang dan Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA), dengan penanaman 500 anak pokok bakau yang melibatkan 150 pelajar serta sukarelawan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Abd Razak Abd Rahman, Ketua Divisyen Korporat
JKSB, dan disertai oleh Yang Berusaha Profesor Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani, Timbalan Rektor (Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni) UiTM Pulau Pinang.