Pihak JKSB sekali lagi telah melaksanakan inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyumbangkan cermin mata kepada 100 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang mengalami masalah rabun penglihatan.
Sumbangan ini adalah hasil kerjasama antara JKSB dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah melalui Sektor Pembangunan Murid (SPM). Menerusi program ini, JKSB menaja pemeriksaan mata percuma dan memberikan cermin mata baharu kepada pelajar yang memerlukan.
Diharapkan sumbangan ini dapat membantu pelajar menumpukan perhatian dalam kelas serta meningkatkan prestasi akademik mereka. JKSB sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar, terutamanya dalam membantu golongan B40 dan pelajar luar bandar yang memerlukan bantuan.