• Hotline 1-300-30-2828
  • Email Address comms@jambatankedua.com.my

Sumbangan Milling Tar (PREMIX) SK Permatang Tok Mahat & SMK Seri Nibong, Nibong Tebal

JKSB, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan, telah menyumbangkan Milling Tar
(Premix) kepada SK Permatang Tok Mahat dan SMK Seri Nibong, Nibong Tebal. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen JKSB untuk menaik taraf dan memperbaiki infrastruktur sekolah.

Majlis sumbangan ini diadakan di SMK Seri Nibong dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Dato’ Faisal Shahbudin. Turut hadir ialah Pengetua SMK Seri Nibong, Tuan Zulkipli bin Saleh @ Majid dan Guru Besar SK Permatang Tok Mahat. Majlis ini juga disertai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan.

Dato’ Faisal menekankan bahawa sumbangan ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada warga sekolah tetapi juga langkah bijak dalam menjimatkan kos penyelenggaraan dan memelihara alam sekitar.