• Hotline 1-300-30-2828
  • Email Address comms@jambatankedua.com.my

Rakan Strategik Sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Program Jiwa Merdeka Komuniti Madani Peringkat Parlimen Batu Kawan

Satu program Jiwa Komuniti Madani peringkat Parlimen Batu Kawan dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang telah diadakan pada 17 Ogos 2024. Pihak JKSB menjadi rakan strategik bagi Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Penerangan (JAPEN), Pulau Pinang.

Program ini turut dimeriahkan dengan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang disertai oleh
komuniti setempat di Hentian Sebelah, Pejabat Operasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Batu Kawan, Pulau
Pinang. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat (YB) Tuan Goh Choon Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit
Tambun, diiringi oleh Puan Hasmiza binti Hussin, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang dan Dato’ Faisal bin Shahbudin, Ketua Pegawai Eksekutif JKSB.

Turut hadir ialah Puan Zuraidah binti Abu Bakar, Penolong Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, sebagai penghargaan kepada pihak Tourism Malaysia dalam mempromosikan jambatan.