• Hotline 1-300-30-2828
  • Email Address comms@jambatankedua.com.my

Acara Penang Fellowship Ride Paramount Properties Bridge2Bridge 2024

Acara Penang Fellowship Ride Paramount Properties Bridge2Bridge 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Julai 2024, bermula dari jam 7.00 pagi hingga 1.30 tengah hari, menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) sebagai laluan utama acara.

Penutupan sementara JSAHMS telah dilaksanakan bagi memberikan laluan kepada lebih 1,500 peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini.

Sepanjang acara berlangsung, JKSB menitikberatkan aspek keselamatan peserta dengan memastikan jambatan berada dalam keadaan terbaik dan bersih. Langkah ini diambil bagi menjamin kelancaran acara serta memberikan keselesaan kepada semua pihak yang terlibat.