• Hotline 1-300-30-2828
  • Email Address comms@jambatankedua.com.my

Lawatan ke Prolintas

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah menerima jemputan untuk mengadakan lawatan ke Lebuhraya Bertingkat Shah Alam (DASH) pada 24 Julai 2024. Lawatan ini melibatkan penyertaan seramai 12 kakitangan JKSB yang terdiri daripada Jabatan Kontrak dan Perolehan, Jabatan Sumber Manusia,Jabatan Integriti dan Tadbir Urus, serta jabatan-jabatan lain.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengurusan strategik krisis. Lawatan ini menjadi lebih signikan memandangkan Prolintas, sebagai pemegang konsesi DASH, telah berhadapan dengan insiden nahas pesawat di Elmina pada 17 Ogos 2023.

JKSB berharap dapat mempelajari dan mengadaptasi susunan pengurusan serta perancangan strategik yang cekap dalam menghadapi situasi krisis, sekaligus meningkatkan keupayaan syarikat dalam menguruskan risiko dan cabaran yang berpotensi berlaku di masa hadapan.