• Hotline 1-300-30-2828
  • Email Address comms@jambatankedua.com.my

Strategi Pembelajaran Efektif Bahasa Inggeris Bersama Guru & Professor Berpengalaman Dari Massachussets, Amerika Syarikat

JKSB telah menganjurkan satu sesi strategi pembelajaran Bahasa Inggeris dengan kerjasama SMK Bandar Tasek Mutiara dan SMK Mak Mandin dengan sokongan bersama Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) Pulau Pinang.

Seramai 15 orang guru telah menghadiri sesi ini yang bertujuan membantu meningkatkan tahap pencapaian Bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Sesi ini dilaksanakan melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) JKSB, di bawah kategori Sinar Ilmu yang menumpukan kepada aspek Pendidikan dan Pengetahuan.

Sesi pembelajaran ini dikendalikan oleh Puan Zora Alexandra Elisa dari Spring Field School di Massachusetts, Amerika Syarikat, seorang guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman. Sesi kedua pula, diuruskan oleh Prof. Dr. Elise Morse-Gange juga dari Amerika Syarikat melalui aplikasi Google Meet, yang berkongsi teknik-teknik yang sesuai dengan modul pembelajaran Bahasa Inggeris yang sesuai dengan modul di Malaysia. Objektif sesi ini adalah untuk berkongsi pengetahuan serta membolehkan pertukaran budaya dan pendidikan antara kedua-dua negara.