• Hotline 1-300-30-2828
  • Email Address comms@jambatankedua.com.my

Cultural Night Run 2024

Acara Cultural Night Run 2024 telah dianjurkan secara bersama oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Koperasi LLM Berhad (KLLMB) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), dan Persatuan Olahraga Amatur Negeri Pulau Pinang
(PAAA). Acara ini berlangsung di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) pada 13 Julai 2024.

Objektif utama penganjuran adalah untuk memupuk semangat muhibah dan toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Selain itu, acara larian ini berkonsepkan kepelbagaian budaya, memperkenalkan keunikan budaya rakyat Malaysia kepada pelancong asing.

Acara ini turut memberi peluang kepada peserta dan pengunjung untuk mengekalkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan kekeluargaan, sejajar dengan usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian di Malaysia.