JKSB telah menganjurkan satu Majlis Berbuka Puasa di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang. Hadir menyantuni para petugas barisan hadapan ialah Ketua Divisyen Operasi JKSB, Encik Hussin Mohammad. Hadir sama, Pengerusi Masjid Daerah Seberang Perai Selatan merangkap Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, Tuan Khairulnizam Hashim.

Antara petugas barisan hadapan yang diraikan dalam majlis ini ialah badan berpakaian seragam dari kawasan sekitar. Antaranya, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah SPS, Jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah SPS, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah SPS dan Jabatan Penjara Seberang Perai.

Menurut Encik Hussin, JKSB sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan. Hal ini termasuk memfokuskan kepada usaha memelihara dan memulihara alam sekitar, membantu dalam memperkasakan ilmu pengetahuan serta pembangunan komuniti setempat.