PROGRAM SEKOLAH ANGKAT JAMBATAN KEDUA SDN BHD (JKSB) DITERUSKAN DENGAN PENGAMBILAN SEKOLAH ANGKAT BAHARU BAGI SESI 2017/2019

Kuala Lumpur, 11 Februari 2017 : Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan diperbadankan, mengumumkan pengambilan lima sekolah angkat baru bagi Program Sekolah Angkat bagi sesi 2017/2019.

Program Sekolah Angkat yang dianjurkan oleh JKSB Program ini dirangka atas dasar rasa tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta keperihatinan JKSB terhadap masyarakat setempat di mana terletaknya projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang (JKPP). Program ini juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan JKSB selain membantu sekolah dalam memperkasakan proses pelajaran dan pembelajaran bagi melonjakkan kecemerlangan dan meningkatkan sahsiah diri pelajar.

Upacara Pengambilan Sekolah Angkat tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Permai Indah, Bukit Mertajam Pulau Pinang di mana turut hadir bersama adalah Dr. Haji Mohd Nazari Bin Yaakob, Ketua Sektor Akademik Jabatan Pendidikan Pulau Pinang mewakili Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, pegawai-pegawai pendidikan daerah, rakan media, guru-guru, ibu bapa dan murid sekolah yang terlibat.

 “Program sekolah angkat JKSB mungkin sedikit berbeza dari program sekolah angkat yang sedang dan telah dijalankan oleh badan-badan korporat yang lain kerana program yang dianjurkan oleh JKSB lebih menitik beratkan program-program untuk memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu pihak sekolah dalam memperkasakan pembentukan sahsiah para pelajar” kata Pengarah Urusan JKSB, Dato’ Ir. Mohd. Ashari Alias.

Lima sekolah kerajaan di Pulau Pinang, yang terdiri daripada tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan dua Sekolah Rendah Kebangsaan telah dipilih sebagai sekolah angkat JKSB atas cadangan daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Dua daripada sekolah-sekolah yang terlibat terletak di bahagian Pulau manakala tiga yang lain adalah di kawasan Seberang Perai.

Lima sekolah baru yang telah dipilih oleh JKSB untuk Program Sekolah Angkat 2017/2019 adalah:

i. SK Permai Indah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

ii. SK Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang

iii. SMK Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang

iv. SMK Jawi, Sungai Jawi, Pulau Pinang

v. SMA Al-ahmadiah Al-ijtimaiah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Pihak JKSB akan membantu sekolah-sekolah angkat dalam melaksanakan program seperti program pecutan, kelas tambahan, acara sukan, lawatan serta program bagi program motivasi di mana selain dari penceramah jemputan, ia juga turut melibatkan warga kerjaJKSB yang sentiasa sudi untuk membantu dan memberi galakan serta dorongan kepada para pelajar untuk terus bangun menuju kejayaan” tambah Dato’ Ir. Mohd Ashari Alias.

Inisitiaf Program Sekolah Angkat ini telah diwujudkan sejak tahun 2011  dengan pengambilan empat buah sekolah angkat yang terletak di Pulau dan juga di Seberang Perai. Empat sekolah terawal yang diambil sebagai Sekolah Angkat JKSB 2011/2016 adalah Sekolah Kebangsaan Seri Relau, Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Sekolah Kebangsaan Seri Tasek and Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Widuri.

SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah yang merupakan sekolah angkat JKSB yang diambil pada tahun 2015, akan diambil semula sebagai sekolah angkat JKSB sehingga tahun 2019 bersama-sama empat sekolah lain.

-TAMAT-

________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azizi Azizan dari Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-2084 5067 atau 012-2959 117 atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PrintEmail

United Kingdom Bookmaker CBETTING claim Coral Bonus from link.