SISTEM PEMBAYARAN TOL SECARA ELEKTRONIK SEPENUHNYA DI PLAZA TOL JSAHMS BERMULA HARI INI

Penang, 1 Jun 2016:  Tepat jam 12 tengah hari, pengguna dari semua kelas kenderaan yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) untuk ke Pulau Pinang dari tanah besar melalui Plaza Tol JSAHMS akan mula membayar kadar tol masing-masing dengan hanya menggunakan kad Touch ‘n Go atau Smart TAG sahaja.

“Plaza Tol JSAHMS merupakan salah satu daripada 18 plaza tol di enam buah lebuhraya yang melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya pada hari,” ujar Major (B) Ir. Mohd. Ashari Alias, Pemangku Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Operasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).

Antara lebuhraya yang terlibat dengan pelaksanaan sistem kutipan tol elektronik sepenuhnya pada hari ini ialah Lebuhraya Sungai Besi (E9), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth / LLB (E17), Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang / SILK (E18), Lebuhraya Lembah Klang Selatan / SKVE (E26), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah / JSAHMS (E28) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru / GRAND SEPADU (E30).

Pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik ini adalah mudah dan selesa serta membantu para pengguna lebuhraya untuk menikmati perjalanan yang lebih lancar di setiap plaza tol yang terlibat. Ianya amat bertepatan dengan inisiatif kerajaan yang menggalakkan penggunaan sistem elektronik bagi tujuan kutipan tol.

Sehingga 1 Jun 2016, sebanyak 2,282 lorong tol di semua lebihraya telah dinaik tarafkan dan boleh menerima bayaran tol secara elektronik. Jumlah ini merangkumi 1,176 lorong khusus untuk Touch ‘n Go, 610 lorong mod campuran (tunai dan Touch ‘n Go) serta 496 lorong khas untuk Smart TAG.

Bagi Plaza Tol JSAHMS, lorong tol yang disediakan untuk keselesaan pengguna adalah seperti berikut:

Laluan Utama:

    -    2 lorong khusus Touch ‘n Go.

    -    2 lorong khusus Smart TAG.

    -    2 lorong Touch ‘n Go pelbagai kelas.

    -    2 lorong tambah nilai beroperasi 24 jam / pelbagai kelas.

Laluan Motosikal:

    -    9 lorong Touch ‘n Go.

    -    1 lorong tambah nilai beroperasi 24 jam.

“Bagi menarik lebih ramai pengguna untuk beralih ke sistem kutipan tol secara elektronik ini, pihak JKSB turut mengadakan promosi yang menarik seperti kad Touch ‘n Go percuma dengan tambah nilai minima RM5, penjualan alat peranti Smart TAG dengan hanya RM99 tidak termasuk GST dan rebat 10% kepada kenderaan Kelas 1 dari 1 Jun hingga 31 Julai 2016,” tambah Major (B) Ir. Mohd. Ashari.

Beliau turut menambah bahawa pemberian kad Touch ‘n Go dan penjualan alat peranti Smart TAG telahpun bermula pada 25 Mei 2016 yang lalu dan penjualan alat peranti Smart TAG dengan harga istimewa adalah terhad kepada 2,000 unit sahaja; dan setiap pengguna hanya dibenarkan untuk membeli 1 unit sahaja.

Rebat 10% bagi kenderaan Kelas 1 hanya layak untuk pengguna yang menggunakan jambatan ini dan membayar tol mereka di Plaza Tol JSAHMS. Pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Bandar Cassia tidak layak untuk menerima rebat 10% ini oleh kerana plaza tol  tersebut tidak terlibat dalam pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya buat masa sekarang.

Pengguna hanya boleh menebus rebat mereka di Pusat Khidmat Pelanggan JSAHMS dan penebusan untuk bulan Jun boleh dilakukan pada bulan Julai manakala penebusan bagi penggunaan bulan Julai boleh dilakukan pada bulan Ogos. Atau, pengguna boleh melakukan penebusan rebat bagi penggunaan bulan Jun dan Julai dari bulan Ogos sehingga 30 November 2016.

Disamping itu, pembukaan Lebuhraya Bertingkat Bayan Lepas (BLE) – FT 3113, yang dibina oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memberikan kesan yang positif terhadap penyuraian trafik di Batu Maung dan di sepanjang Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu serta melancarkan pergerakan trafik di Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas (FIZ).

BLE telah menyediakan laluan terus dari Batu Maung ke Bayan Baru, berhampiran dengan Queensbay Mall dan seterusnya ke George Town. Laluan ini turut memudahkan pengguna JSAHMS yang tinggal di bahagian selatan tanah besar untuk ke tempat kerja di George Town.

Kesan pembukaan BLE pada bulan April yang lalu turut menyebabkan berlakunya pertambahan trafik di JSAHMS kepada kira-kira 15,000 kenderaan sehari. Pihak JKSB berkeyakinan bahawa jumlah ini akan mampu untuk meningkat sehingga 20% atau 18,000 kenderaan sehari selepas pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik dilaksanakan sepenuhnya dan menjadi tarikanuntuk lebih ramai pengguna menggunakan JSAHMS.

 

-TAMAT-

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azizi Azizan dari Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-2084 5067 atau 012-2959 117 atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sebagai sebuah syarikat konsesi yang bertanggungjawab, JKSB telah berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna melalui kemudahan perkhidmatan dan infrasturktur yang terbaik. JKSB juga menggalakkan para pengguna untuk berhubung secara langsung sekiranya mereka hendak memberi maklumbalas atau komen dengan menghubungi talian 1300-30-2828 atau melalui emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., melalui www.facebook.com/jsahmsofficial atau melalui Twitter di @jsahmsofficial. 

PrintEmail

United Kingdom Bookmaker CBETTING claim Coral Bonus from link.